1993-1994
Tadika pasti al-huda
Aku memulakan pengajian dan pembelajaran di Tadika Pasti Al-huda……
Ia bukanlah tadika biasa, ia lebih kepada tadika Islam….aku dikenalkan dengan ilmu islam dan mempelajari semula ajaran yang di asuh oleh ibu dan abahku…
Ketika itu, aku berusia 5 tahun…aku menuntut ilmu di taska islam selama 2 tahun…mempelajari asas islam dan belajar untuk bersembahyang….
Aku amat gembira pabila pertama kali memulakan pengajian ku disana…….
Aku berjumpa dengan kawan-kawan baru…teman sepermainan baru, guru asuhan, ilmu agama dan juga pengalaman manis yang masih segar di dalam mindaku…
Setiap hari, abah akan menghantarku ke taska tersebut selepas menghantar abang & kakakku disekolah rendah…..
Setiap kali memulakan kelas, kami akan berhimpun di ruang luas untuk membaca doa….
Pengalaman yang tidak terpadam dalam mindaku, setelah membaca doa, kami akan diminta untuk mengucap dua kalimah syahada dan membaca rukun islam….
Masih ingat lagi diingatanku, ustazah rohaya akan menyuruh kami untuk mengangakat 1 jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah dan mengangkat lima jari untuk membaca rukun islam……
Kami semua akan bergilir-gilir setiap pagi untuk membaca kalimah syahada & rukun islam….
Tadika islam mengajarku sikit demi sedikit tentang islam… dari situ aku diajar untuk membaca alif ba ta… hingga lam alif, hamza ya’….
Aku diperkenalkan dengan nama-nama Allah dan juga aku mempelajari nama-nama Rasul…
Setiap pagi Jumaat, ustazah akan menceritakan kepada kami tentang kisah-kisah nabi…..
Aku mengenali nama-nama nabi setelah mendengar lagu salah satu kumpulan nasyid menyebut nama nabi…….
Pengalaman paling gembira bagiku ketika hari lahirku…..
Ustazah membuat jamuan kecil untuk meraikan hari jadiku bersama kawan-kawan…
Gembira tidak terkata, buat pertama kali aku menyambut hari lahir bersama orang lain…
Walaupun ia tidak semeriah party bufday, tetapi aku tetap gembira......
Pasti Al-Huda akan membuat sukan tahunan untuk anak muridnya….
Tetapi sukan tahunan ini digabung dengan Tadikan Pasti di tempat lain….
Kami perlu bertanding dengan Pasti lain untuk menang dalam acara sukan…
Aku juga turut mengikuti sukan tersebut…..
Pertama kali dalam hidupku bertanding dalam sukan bersama rakan-rakan yang tidak dikenali… aku ditempatkan dipermainan lari dalam guni….
Bunyinya agak kelakar, tapi sangat menyeronokkan…
Aku terjatuh ketika berlumba menggunakan guni….
Hahahaha sungguh memalukan, tapi bukan aku seorang sahaja yang terjatuh ketika itu..
Kesian aku, sudahlah jatuh, baju kotor terkena Lumpur di padang tersebut..
Balik dalam keadaan kotor…
Tapi cukup berbaloi walaupun jatuh ketika berlari dalam guni, tetapi aku mendapat tempat ketiga….
Macam x percaya kan????
Heheheheehehehehe……….
Sukan tetap sukan, tetapi belajar tetap utama…..
Pasti Al-Huda menyediakan hari graduasi celik untuk kami semua…….
Terasa seperti orang dewasa yang melalui konvokesyen, kami juga turut merasa memakai baju jubah dan topi graduasi….
Itu adalah kenangan buatku untuk meneruskan pembelajaran aku ke sekolah rendah…..

0 comments:
Post a Comment